"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).

An-Nur 26

”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh ...mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).

♥ AHLAN WASAHLAN

~Ukhuwwah yang dibina antara kita biarlah seperti seutas tasbih.. Ada awal, tetapi tiada penghujungnya. Dicipta untuk mengingatiNYA, dibahagi untuk cintaNYA, diratib demi redhaNYA~

“Laa islaama illaa bi jama’ah walaa jamaa’ata illa bi imaarah walaa imaarah illaa bilba’iah walaa bai’ah illa bithaa’ah.” “Tiada Islam kecuali dengan berjama’ah, tiada jama’ah kecuali denganAmir, tiada Amir kecuali dengan bai’at, tiada bai’at kecuali dengan taat.”

Saturday, August 28, 2010

Lawak Jenaka

Hadis:" Keaiban orang bukan modal berlawak "

RASULULLAH bersabda maksudnya : "Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!"

Hadis di atas mengingatkan umat Islam mengenai tata susila dan ketertiban ketika berbicara. Kita diingatkan tidak berbicara dengan mengarang cerita dusta untuk dijadikan bahan ketawa.

Contohnya, perbuatan seperti melawak, berjenaka atau bergurau senda memang boleh membuatkan seseorang itu ketawa. Ia dapat menggembirakan atau menggelikan hati orang lain. 

Membuatkan orang lain senang hati termasuk dalam amal kebajikan. Rasulullah juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan sahabat Baginda. 

Bergurau mempunyai adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:
• Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah.
• Gurauan itu bukan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya. 
• Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang dengan niat hendak merendah-rendahkannya. 
• Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
• Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
• Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau pada waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
• Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati. 
• Sesungguhnya Rasulullah apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh.

Thursday, August 26, 2010

Wahai Remaja, Jadikanlah Nikah Sebagai Satu Solusi

...Tatkala cinta itu berbunga, terasa indahnya memenuhi segenap ruang imaginasi. Jiwa dan hati meronta-ronta ingin kepada si dia. Ingin sekali mengenalinya, dan mendekatinya. Untuk menawan hatinya, agar perasaanya menjadi sama seperti apa yang dirasa oleh dirinya. Apabila cinta itu mengetuk pintu hati, siapakah yang mampu menghalang?  Siapa pula yang akan membimbing?...

Dari maksud Kalamullah: "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih-sayang dan belas-kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Surah ar-Rum, 30: 21)

Di dalam ayat di atas menunjukkan betapa Allah telah menciptakan manusia itu dijadikan fitrahnya saling berpasang-pasangan di antara lelaki dengan wanita. Yang dengannya saling melengkapi, serta saling memiliki keinginan di antara satu dengan yang lainnya. Menunjukkan bahawa manusia diciptakan dengan fitrah untuk memilki dan dimiliki terhadap pasangan mereka masing-masing menurut pilihan dan citarasa. Mereka memiliki sikap dan sifat untuk disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah setiap insan.

Ia adalah bentuk fitrah yang tidak boleh dihalang dan merupakah sebuah sunnahtullah yang telah menjadi ketetapan, malah keperluan bagi kehidupan manusia yang sempurna dan harmoni.

Maksud firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu fitrah kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita dan anak-anak." (Surah Ali Imran, 3:14)

Apabila sampai waktunya, fitrah dan naluri itu akan datang mendesak dengan perasaan berbunga yang kuat, untuk mendekati dan mencari-cari pasangan masing-masing. Mereka akan saling mencari dan memerlukan. Alhamdulillah, ramai yang berjaya mengharungi persoalan perasaan dan naluri ini dengan baik. Mereka berjaya menempuh dan melepasi gerbang pernikahan yang sah dan menuju kehidupan yang fitrah.

Namun, dalam persoalan ini jugalah, sering-kali berlaku ke atas sebahagian mereka merangkul banyak kesilapan, malah keterlanjuran. Ini sering sekali berlaku kepada insan bergelar remaja. Apabila fitrah dan naluri cinta mereka terhadap golongan berbeza jantina tidak ditangani dan disalurkan kepada jalan yang sewajarnya. Apatah lagi bila ianya terus ditekan dan dikongkong. Ia mampu meletus. Ditambah pula dengan dorongan nafsu dan pengaruh persekitaran, ia menjadi sukar dikawal bagi sebahagian daripada mereka.
Dalam keadaan rapuhnya kawalan, pelbagai natijah dan fenomena yang buruk mampu berlaku. Sepertimana yang kita perhatikan di masa ini, di dada-dada akhbar dan di media-media massa. Yang terlalu banyak melaporkan perihal seks bebas, persetubuhan haram (zina), hamil tanpa nikah, dan sehingga kepada tahap pembuangan dan pembunuhan bayi di tempat-tempat tertentu dan mungkin juga membawa kepada aktiviti pengguguran anak luar nikah. Malah juga sehingga kepada perbuatan nekad bunuh diri.

Maka, dalam keadaan yang meruncing seperti ini, apakah kita masih perlu menutup mata dan menafikan fitrah remaja masa kini yang kebanyakan dari mereka mecapai kematangan awal? Sedangkan mereka memiliki kemampuan dari banyak aspek. Adakah ibu bapa, perlu lagi menafikan ruang yang dimiliki anak-anak mereka untuk memenuhi naluri dan fitrah mereka secara halal? Kebanyakan ibu-bapa zaman ini bukanlah dari golongan orang-orang yang susah, malah sebahagian besar mereka adalah dari golongan yang berada dan mampu mengeluarkan belanja anak-anak lebih dari kebiasaan. Dan bukankah mereka juga adalah generasi baru yang begitu terbuka wawasannya.

Jadi, setiap permasalahan perasaan cinta remaja ini sudah tentu memiliki solusinya. Sebuah solusi yang telah dikenali dan dijamin oleh wahyu.

Inilah masanya untuk kita kembali melihat dan memikirkan hakikat hubungan dua insan berlainan jantina ini dari kacamata positif lagi halal yang dipandukan oleh agama yang kita yakini. Dan bukan didasari emosi, material, dan kedudukan, serta masa semata-mata. Sudah tentu perkara ini sangat murni bagi kita yang memiliki wawasan fitrah yang jernih.

Maksud firman Allah: "Dan kahwinkanlah orang-orang yang sedirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nuur, 24: 32)

Pesanan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam: "Sekiranya seseorang hamba itu menikah, maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya, oleh kerana itu hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk selebihnya." (Rujuk: al-Albani, as-Sahihah, no. 625. Beliau menghasankannya)

Dalil ini menunjukkan bahawa Allah dan Rasul-Nya telah membukakan kepada kita semua supaya mengambil jalan yang halal dalam memenuhi fitrah hubungan lelaki dan wanita. Yang dengannya juga menutup jalan-jalan terlarang dan keji...

"Ada empat perkara yang termasuk sunnah para Rasul, iaitu; perasaan malu, memakai wangi-wangian, bersiwak, dan menikah." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Kitab an-Nikah, no. 1086. Beliau menyatakannya hasan sahih)

Dengan itu, fahamilah bahawa menjalinkan hubungan melalui ikatan nikah itu adalah suatu perbuatan yang dianjurkan oleh Nabi kita Shallallahu 'alaihi wa Sallam sendiri dan merupakan sunnah yang wajar kita ambil serta contohi.

Zaman ini bukanlah masanya untuk kita bermalu-maluan dalam persoalan nikah di usia muda atau remaja. Malah, tiada salahnya dari sudut syara' sekalipun untuk mengambil keputusan berkahwin awal walau masih berada di institusi-institusi pengajian tertentu.

Relaitinya... menikah adalah jalan yang paling baik dan dicadangkan sendiri oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam melalui pelbagai hadis-hadisnya. Solusi ini wajar diambil dan dimanfaatkan oleh golongan ramaja masa kini. Malah oleh golongan ibu-ibu dan bapa-bapa supaya tidak terlalu mengongkong  yang sekaligus menutup perkara yang halal daripada anak-anak mereka. Yang akhirnya, memungkinkan kepada akibat yang terlarang dan noda.

Dalam persoalan seperti ini, marilah kita mengambil dan melihat secara positif di mana inilah salah-satu jalan yang baik untuk mengatasi hubungan terlarang seperti aktiviti berpasang-pasangan (copule) di antara insan berlainan jantina. Alangkah baiknya jika mereka yang berpacaran ini adalah terdiri daripada mereka yang bergelar suami dan isteri. Bukankah itu lebih manis, daripada mereka yang berpacaran, namun hakikatnya mereka sedang melakukan perbuatan terlarang dan dibenci oleh Allah Subahanhu wa Ta'ala yang sekaligus mampu mendorong mereka kepada kancah perzinaan akibat tidak diikat dengan pertalian yang sah. Kita semua wajar melihat semua ini dari sudut dan pandangan yang lebih luas. Berpasang-pasanganlah secara halal dengan ikatan nikah anjuran wahyu!

Daripada 'Abdullah B. Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau menyatakan, "Kami bersama Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam sebagai pemuda yang tidak memiliki sesuatu, lalu Baginda bersabda kepada kami:

"Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu menikah, maka menikahlah. Kerana dengan menikah itu, ia akan dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa. Kerana dengan berpuasa itu akan dapat menahan syahwatnya." (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5066)

Daripada sebuah hadis disebutkan: "Tiga orang yang pasti Allah beri pertolongan adalah: Seorang hamba yang ingin membebaskan (memerdekakan) dirinya, lelaki yang menikah kerana ingin menjaga kesucian dirinya, dan pejuang di jalan Allah." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 1655)

Berdasarkan dua hadis ini disebutkan pula bahawa dengan menikah ianya mampu menjadi perisai dari pelbagai keburukan untuk individu tersebut. Yang mana, dengan nikah ianya dapat menjaga dan memelihara kita daripada perkara yang tidak baik dan dibenci. Kesucian diri dapat dijaga dengan baik, pandangan akan dapat ditundukkan, dan naluri syahwat dapat disalurkan kepada jalan yang betul.

Malah, melalui ikatan nikah yang sah ini, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah menjelaskan kepada kita bahawa ia sebenarnya turut membawa kepada ibadah yang dengannya membuahkan pahala. Bukan sebaliknya yang menatijahkan dosa. Ini jelas membezakannya dari hubungan yang terbina tanpa sebarang ikatan nikah.

Apa yang disebutkan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang direkodkan oleh imam Muslim daripada Abu Dzarr, bahawa sejumlah Sahabat berkata kepada Nabi: "Wahai Rasulullah, orang-orang kaya telah mendapatkan banyak pahala. Mereka melaksanakan solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami puasa, dan mereka dapat bersedekah dengan kelebihan harta mereka (yang mereka miliki)."

Beliau bersabda: "Bukankah Allah telah menjadikan untuk kamu apa yang dapat kamu sedekahkan? Setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma'ruf adalah sedekah, mencegah dari yang mungkar adalah sedekah, dan persetubuhan salah seorang daripada kamu (dengan isterinya) adalah sedekah."

Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, adakah salah seorang daripada kami yang melampiaskan syahwatnya akan mendapatkan pahala?"

Beliau bersabda: "Bagaimana pendapat kamu sekiranya dia melampiaskan syahwatnya kepada perkara yang haram, adakah dia mendapatkan dosa? Maka demikianlah juga jika ia melampiaskan syahwatnya kepada perkara yang halal, maka dia mendapat pahala." (Hadis Riwayat Muslim, no. 1006)

Perlu kita ketahui juga bahawa agama kita ini bukalah agama yang didasari kepada fahaman rahib atau pendita mahupun sami. Agama kita bukanlah agama yang menghalang fitrah manusia untuk memenuhi naluri fitrah insan. Agama kita bukanlah agama yang melarang untuk menjalinkan hubungan di antara lelaki dengan wanita. Malah ia adalah suatu yang dianjurkan, digalakkan, dan dituntut! Namun, perlulah dengan salurannya yang benar. Agama kita tidak seperti agama kristian yang mana paderi-paderi mereka diharamkan dari melangsungkan pernikahan. Bahkan Nabi melarang sesiapa sahaja daripada umatnya yang berhasrat untuk tidak mahu berkahwin:

Sebagaimana yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari: "Ada tiga orang yang datang ke rumah isteri-isteri Nabi untuk bertanya tentang ibadah Nabi. Ketika mereka diberi khabar, mereka seakan-akan merasakan tidak bererti. Mereka mengatakan: "Apa ertinya kita dibandingkan Nabi, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan terkemudian?" Lalu salah seorang daripada mereka berkata: "Aku akan sentiasa bersolat malam selamanya." Orang kedua mengatakan: "Aku akan berpuasa sepanjang masa dan tidak akan pernah berbuka." Orang ketiga pula mengatakan: "Aku akan menjauhi wanita dan tidak akan menikah selamanya."

Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam datang, lalu bertanya:

"Adakah khabar yang menyatakan demikian dan demikian? Demi Allah, sesunguhnya aku lebih takut kepada Allah dan lebih bertakwa daripada kamu semua, tetapi aku berpuasa dan berbuka, bersolat dan tidur, serta menikahi wanita. Sesiapa yang membenci Sunnah-ku, maka ia bukan termasuk golonganku." (Hadis Riwayat Bukhari, no. 5063)

Demikianlah beberapa anjuran, galakkan, dan keutamaan untuk menjalinkan ikatan pernikahan yang dapat disebutkan secara ringkas. Yang dengannya menunjukkan sebuah solusi yang bertunjangkan sumber-sumber agama anjuran Allah dan Rasul-Nya. Dengan ini jelaslah bahawa agama kita bukanlah suatu agama yang melarang hubungan cinta lelaki dengan wanita, malah bukan juga agama yang merestuinya jika mahu dilakukan secara bebas.

Kepada ibu-ibu dan bapa-bapa moden zaman ini... Kita sewajarnya berfikiran dengan lebih terbuka demi masa depan anak-anak. Telitilah sunnah-sunnah anjuran Nabi junjungan mulia kita dalam persoalan ini. Apakah tindakan kita menghalang anak-anak tesebut dari menuju ikatan pernikahan sebagai suatu yang benar dan wajar? Ataukah mungkin sebaliknya yang menjauhkan sunnah daripada mereka?

Akhir kata, persoalan-persoalan seperti perlu tamatkan pelajaran terlebih dahulu baru fikir soal kahwin, belum cukup umur untuk kahwin, dia tidak setaraf, perlu dapatkan kerja dan kumpulkan duit dahulu, atau perlu memiliki rumah dulu. Semua itu wajar dipertimbangkan semula dan sebahagiannya sangat jelas tidak lagi relevan kepada remaja zaman ini. Apatah lagi dari sudut pandang as-Sunnah.

Disebutkan dalam sebuah hadis: "Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi." (Hadis Riwayat at-Tirmizi, no. 1080)

Untuk menjamin keharmonian hidup dalam perkahwinan, pilihlah yang baik agamanya. Ini tsabit daripada hadis yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari: "... Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung."

Orang yang baik agamanya sudah tentu akan mengajak perhubungan cinta di antara lelaki dan wanita dengan cara yang syar'i, iaitu melalui ikatan pernikahan. Bukannya melalui pacaran yang tidak tentu hala tujunya.

Wallahu a'lam...

Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan



1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

* Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
* Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
* Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
* Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
* Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
* Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
* Merendahkan hantaran perkahwinan

6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

* Suami
* Isteri
* Wali
* Saksi
* Aqad [ Ijab Qabul ]

cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

* Masih menuntut di kolej atau uniersiti
* Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
* Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .
8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.
Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

Sunday, August 22, 2010

Jangan kita lupa tarikh itu...21 Ogos 1969 : Peristiwa Pembakaran Masjid Al-Aqsa oleh Zionis laknatullah!





Tanggal 21 Ogos setiap tahun merupakan tarikh memperingati peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa. Pembakaran tersebut berlaku di waktu subuh pada 21 Ogos 1969 selepas muslimin menunaikan solat subuh dan meninggalkan masjid. Dikesempatan itulah, pihak Yahudi memulakan perancangan mereka dengan membakar Masjid Al-Aqsa. Api marak dengan cepatnya dan terus membakar peralatan masjid dan dindingnya apatah lagi pada waktu tersebut muslimin telah meninggalkan masjid untukmeneruskan rutin harian mereka. Namun begitu, usaha memadamkan api yang terusmarak telah dilakukan oleh pemuda-pemuda Islam dengan mengambil air dari telaga-telaga yang berada di kawasan lapang Masjid Al-Aqsa, memindahkan karpetdan tikar keluar dari masjid dan menghimpunkan cebisan-cebisan kecil MimbarSolahuddin yang terbakar dan kini ia di simpan di Muzium Islam di MasjidAl-Aqsa.



Pada asalnya, rejim Zionis telah merancang untuk membakar Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1968. Seorang Yahudi dari Australia bernama Denis Michael Rohan telah ditugaskan untuk melaksanakan rancangan tersebut tetapi iadapat dikesan oleh pihak Masjid Al-Aqsa dan Rohan ditangkap serta dihantar keAustralia. Namun begitu, Rohan dibenarkan datang kembali ke Palestin oleh pemerintah Israel pada tahun berikutnya dan berjaya membakar Masjid al-Aqsa dengan bantuan pihak Yahudi pada 21 Ogos 1969.
Kebakaran tersebut berjaya dilakukan dan tiga kawasan utama Masjid Al-Aqsa telah terbakar iaitu:
  • Masjid Umar yang terletak di penjuru sebelah selatan Masjid al-Aqsa. Ia adalah masjid terawal dibina oleh Khalifah Umar al-Khattab semasa membuka Al-Quds pada tahun 15 Hijrah bersamaan 636.
  • Mimbar Solahuddin Al-Ayyubi dan mihrabnya. Ia dibakar untuk menghapuskan tanda pembukaan Al-Quds yang telah dilakukan oleh Solahuddin Al-Ayyubi pada tahun 583H bersamaan dengan 1187. Mimbar tersebut dibina oleh Solahuddin Al-Ayyubi dan membaca khutbah di atasnya semasa membuka al-Quds.
  • Pintu atas yang terletak di penjuru sebelah barat daya Masjid al-Aqsa yang ukuran tingginya ialah 10 meter dan susah untuk dinaiki dari dalam masjid tanpa menggunakan tangga yang tinggi. Oleh itu, pintu ini dibakar dari luar masjid dan terdapat individu lain yang mambantu Dennis melaksanakannya dengan bantuan zionis yang telah menguasai pintu besar sebelah barat Al-Quds.


Kesan pembakaran tersebut mengakibatkan terbakarnya mimbar Salahuddin, Masjid Umar, Mihrab Zakaria, Maqam Arbaein, 48 tingkap masjid musnah, dua tiang utama masjid tumbang, kesan-kesan sejarah, karpet, perhiasan ayat Quran dan selainnya terbakar. Dianggarkan Lebihdari 1/4 (seperempat) Masjid Al-Aqsa musnah terbakar.

Rejim Zionis sengaja membiarkan pembakaran ini bahkan pemerintah Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan dan membebaskannya tanpa mengenakan apa-apa tindakan dan hukuman dengan alasan dan hujjah bahawa Rohan seorang yang tidak siuman dan 'gila' walaupun dari segi profesionnya beliau merupakan seorang doktor perubatan.

Pembakaran Masjid al-Aqsa sebenarnya adalah hasil dari dendam Yahudi terhadapIslam dan ia merupakan satu isu agama. Selepas pembakaran tersebut, DenisMichael Rohan mendakwa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan tuntutan Kitab Zakaria. Ia adalah satu kewajipan agama Yahudi yang mesti dilaksanakannya. Oleh itu, pembakaran ini merupakan sesi perancanganyang berterusan yang dilakukan oleh Yahudi bagi membina kembali Haikal Sulaiman.

Pembakaran Masjid al-Aqsa pada tanggal 21 Ogos 1969 telah mendorong negara-negara Islam menubuhkan OIC yang dianggotai 57 negara sebagai langkah menjadikan isu Palestin dan masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia. Semenjak hari itu jugalah, 21 Ogos dianggap sebagai Hari Al-Quds sedunia.




Saturday, August 21, 2010

-KERANAMU WANITA-

Kerana asyiknya cintamu wanita seorang lelaki terlupa akan RabbNya

Kerana panahan asmaramu wanita seorang lelaki terlupa akan halal dan haram sehingga menjerumus ke lembah kemaksiatanan

Kerana utuhnya kuasamu wanita seorang lelaki menderhana kepada ibu bapanya

Kerana indahnya cintamu wanita seorang lelaki terlupa akan anak dan isterinya

Kerana pujuk rayumu wanita seorang lelaki menyintai dunia melebihi akhiratnya

Kerana pesona cintamu wanita tunduk patuh seorang lelaki akan kehendakmu

Kerana kuatnya kasih sayang terhadapmu wanita seorang lelaki bergelar ayah, abang, sahabat dan suami di azab di neraka……

Kerana seorang wanita jatuhnya sebuah pemerintahan….

Kerana cinta seorang wanita berlakunya pembunuhan pertama manusia

Kerana pujuk rayu wanita diperintahkan adam dan hawa keluar dari syurga ke dunia….

Kerana tidak dikau pelihara syariat Allah… Musnahnya hidup seorang lelaki..

Semuanya kerana seorang wanita…

Ingatlah kaum wanita yang paling banyak menjadi penghuni neraka..

Peliharalah auratmu agar sama sekali tidak dilihat lelaki bukan mahrammu

Peliharalah dirimu agar tidak berdua-duaan dan bergaul bebas dengan lelaki

Peliharalah dirimu dari bersuara lunak sehingga timbul keinginan jahat lelaki terhadapmu

Peliharalah dirimu dari meminta-minta sesuatu pada seorang suami sehingga timbul murka Allah padamu dan padanya

Peliharalah dirimu dan demi lelaki..

Berhati-hatilah duhai wanita… Jangan kerana dirimu orang yang amat dikau cinta mendapat murka RabbNya dan azab neraka jahannam….

Akan tetapi jadikanlah dirimu penyebab seorang lelaki ke syurga.. Jangan dikau menjadi fitnah kepada lelaki... 

FENOMENA WANITA KINI BERPAKAIAN

“Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka memelihara pandangan mereka dan kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang biasa ternampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain kudung sehingga labuh ke dada-da mereka dan jangan menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka, wanita-wanita mereka, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti berkenaan aurat wanita.”



Seperti yang sudah disebutkan, ketika ayat ini diturunkan, kaum wanita membudayakan sejenis pakaian tudung yang menutupi bahagian kepala tetapi masih mendedahkan leher, telinga dan bahagian atas dada mereka. Kerana itu, ayat ini diturunkan supaya kaum wanita memakai tudung kepala yang dilabuhkan sehingga menutupi bahagian-bahagian itu. Hal ini disebutkan oleh Imam Qartubi dalam al-Jamik Li Ahkamil Quran. Walau bagaimanapun ketika berpakaian, mereka boleh mendedahkan (perhiasan) yang biasa temampak daripadanya’. Abdullah ibn Abbas mentafsirkannya sebagai ‘muka dan dua tapak tangan’.

Alhamdulillah, skarang dh ramai yang ada kesedaran untuk menutup aurat iaitu dengan memakai tudung. Namun, amat dukacita kerana tudung yang dipakai seperti yang dikata, tidak cukup syarat. Memang diakui, kalau nk cakap pasal masalah pendedahan aurat memang akhwat2 yg ramai sbb akhwat ini terlalu istimewa, banyak yg perlu ditutup dr pandangan yg bukan mahran dan dijaga dengan rapi. Ana bersyukur bila tgk ramai yang memakai tudung, sbb ada sesetengah tu pakai tudung, kain tebal, x jarang tapi x melepasi dada.

Tahniah buat muslimah yang telah berjaya berpakaian menutp aurat seperti yang disyariatkan... Buat mereka yang masih belum sempurna penutupan auratnya.. Sama2 lah kita berusaha untuk menutupnya... Bagi kaum wanita yang suka melaram mmg sukar untuk melakukan perubahan tapi ingatlah kita hidup di dunia ni hanya sementara sahaja... Di akhirat sana yang kekal abadi... Apa gunanya jika cantik di dunia tapi hodoh di akhirat? MasyaALLAH...

Wanita mana yang tidak suka kepada kecantikan? Hatta saya pun wanita yang sukakan kecantikan... Adakalanya ana sendiri terlebih dalam hal perhiasan diri sehingga melanggar syarat penutupan aurat yang sempurna.. Tapi bila ana perasan akan hal itu ana akan beristighfar dan berusaha untuk menutupnye semula. Alhamdulillah...

Sebagai manusia biasa iman hamba ALLAH ini pasti ada turun naiknya.... Kita haruslah sentiasa beringat dan jangan pula buat endah tak endah.... Bagi ana setiap antara kita mestilah sentiasa berusaha dan berdoa agar ditetapkan iman dan mudah-mudahan kite semua diakhiri dalam keadaan husnul khatimah... Jgn sesekali mencemuh mereka yang tidak menutup aurat kerana setiap manusia tidak tahu bagaimana penghujungnya... Semoga husnul khatimah menjadi milik kite semua. Amin...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...