"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).

An-Nur 26

”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh ...mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).

♥ AHLAN WASAHLAN

~Ukhuwwah yang dibina antara kita biarlah seperti seutas tasbih.. Ada awal, tetapi tiada penghujungnya. Dicipta untuk mengingatiNYA, dibahagi untuk cintaNYA, diratib demi redhaNYA~

“Laa islaama illaa bi jama’ah walaa jamaa’ata illa bi imaarah walaa imaarah illaa bilba’iah walaa bai’ah illa bithaa’ah.” “Tiada Islam kecuali dengan berjama’ah, tiada jama’ah kecuali denganAmir, tiada Amir kecuali dengan bai’at, tiada bai’at kecuali dengan taat.”

Saturday, July 2, 2011

USTAZAH PILIHAN "Kami Tidak Memandang dan Dipandang"






Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh...

Berikut adalah "pengisian" berkaitan isu USTAZAH PILIHAN yg dipetik, disalin drpd FB seseorg, moga bermanafaat...Insyaallah.
______________________________

mari kita mulakan dengan dalil:

1) Al-Quran :

“dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
(An-Nuur:31)
________________________________

2) Hadith

"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita."
(Riwayat Al-Bukhari)
_________________________________

3) Pendapat Ahl-Bait : Saidatina Fatimah,
"Perempuan yang baik itu adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang"
--yakni selain mahramnya---
________________________________

OK, Fitnah wanita pada hati lelaki, secara umumnya...:
1. Senyuman wanita
2. Suara Wanita (nada)
3. Lenggok jalan
* semua ini akan berlaku dalam siaran ustazah Pilihan??
___________________________________

baiklah, mari kita merujuk balik kepada dalil yang diberikan diatas. Sememangnya jelas dinyatakan bahawa perempuan itu adalah fitnah bagi lelaki. Oleh itu, Islam amat menegaskan kepada penjagaan diri muslimat itu sendiri, apa jua jalan yang membawa kepada fitnah haruslah dihindarkan.

Berbalik kepada persoalan mengenai kenapa JAWI menyetujui program ini, saya meneka bahawa mungkin disebabkan dakwah yang ingin ditonjolkan kepada masyarakat dan membina idola yang tersendiri daripada kalangan muslimah untuk para remaja. Namun, apa yang perlu kita tekankan disini adakah perkara ini bersesuaian dengan syarak dan fitrah utama kejadian wanita itu sendiri?
____________________________________

Merujuk kepada beberapa Kaedah Fiqhiyyah:

1. Niat tidak menghalalkan cara – walaupun tujuan dakwah yang diketengahkan itu amat baik dan menarik, namun cara atau kaedah yang digunakan iaitu dengan menampilkan wanita di khalayak umum bukanlah suatu kaedah dan cara yang terbaik.

2. Sesuatu perkara apabila ia sempit maka akan melapang, apabila terlalu lapang maka akan menyempit.

Bermaksud selama ini, dakwah dilihat menyempit dengan program di masjid dan surau, lalu cuba untuk dibesarkan, seperti akademi al-Quran dan Imam muda. Apabila sudah dibesarkan, maka keterlaluan pula sehingga akan tersekat semula. Kenapa? Kerana apabila sesuatu perkara itu sudah semakin masyhur maka kebiasaannya akan menjadi “lari” dari landasan yang sebenar. Oleh itu, Islam menganjurkan kesederhanaan.

_____________________________________

TIADA PERTANDINGAN DI DALAM IBADAH. Oleh itu, Majlis Tilawah al-Quran sendiri suatu masa dulu pernah dipertikaikan sebagai bid’ah dan haram kerana ia berbentuk pertandingan. Namun, saya sendiri kurang jelas apa hujahnya, ia diteruskan dengan majlis Perujian al-Quran kemungkinan bertujuan kepada “pengizzahan” al-Quran dan memperkenalkan kepada masyarakat. Oleh itu, ia dibenarkan.

Walaupun begitu masih ada yang melarang peserta wanita daripada menyertai kerana dibimbangi aurat pada suaranya itu menjadi fitnah. Apatah lagi pertandingan seperti ‘ustazah pilihan”, berhujah, berdebat, Senyuman, pakaian, make up dan sebagainya.

_______________________________________

Saya berpendapat dengan melihat kepada situasi dan realiti masyarakat kita pada masa ini, mengadakan rancangan “ustazah pilihan” adalah “terlalu luas” yang melanggar kepada hukum asal syarak itu sendiri. Ia lebih banyak menjuruskan kepada fitnah berbanding dengan menyebarkan dakwah. Meskipun diselia dan diuruskan oleh staf perempuan, namun penontonnya lelaki kan? Jika penontonnya semuanya PEREMPUAN, maka saya akan amat menyokong, tapi hakikatnya bukan begitu. Saya berpendirian bahawa adalah tidak wajar malah sangat tidak bertepatan dengan syarak untuk melaksanakan program “Ustazah Pilihan” buat masa ini.

Wallahu’alam.
*d harap teman2 dapat SHARE ilmunya kpd teman2 yg lain..moga menjadi bekalan kita d akhirat kelak..aamiin ya Allah.

By: HARAMkan Ustazah Pilihan

1 comment:

  1. salam..
    saya nak brtanya,adakah sama halnya y berlaku bagi artis2 y still ada ciri2 Islamik pada masa kini?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...