"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).

An-Nur 26

”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh ...mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).

♥ AHLAN WASAHLAN

~Ukhuwwah yang dibina antara kita biarlah seperti seutas tasbih.. Ada awal, tetapi tiada penghujungnya. Dicipta untuk mengingatiNYA, dibahagi untuk cintaNYA, diratib demi redhaNYA~

“Laa islaama illaa bi jama’ah walaa jamaa’ata illa bi imaarah walaa imaarah illaa bilba’iah walaa bai’ah illa bithaa’ah.” “Tiada Islam kecuali dengan berjama’ah, tiada jama’ah kecuali denganAmir, tiada Amir kecuali dengan bai’at, tiada bai’at kecuali dengan taat.”

Monday, March 12, 2012

Hati-Hati Gambar Anda Mungkin Dibogelkan



Artikel ini sebenarnya sudah lama dikongsikan..tetapi admin ingin kongsikan kembali agar pekara seperti ini tak akan berlaku lagi..Cuba kita lihat di dalam ruangan Facebook. Kebanyakan pelayar Facebook yang memakai pakaian menutup aurat, tetapi adakah tidak boleh diimaginasikan bentuk tubuh mereka?

Maka, berdasarkan ukuran baju, lipatan kain, dansebagainya, memungkinkan tubuh badannya diolah dalam bentuk 3D. Ia adalah hasil imaginasi yang dapat diterjemahkan daripada 5 gambar tersebut. Bukan sahaja 5, 1 pun sudah cukup.

Semua orang tahu, tubuh badan wanita semuanya sama, gemuk bentuknya begini, kurus bentuknya begini, pinggang lebar bentuknya begini, dan sebagainya. Maka, daripada gambar yang tertera, mereka mengolah kepada bentuk 3D, kerana manusia punyai imaginasi.

kalau anda tengok perempuan bertudung, anda akan dapat mengimaginasi sehingga “menelanjangkan” tubuhnya, walaupun aurat semuanya ditutup. Maka, Islam mengajar kita untuk “menjaga pandangan”, walaupun kepada mereka yang menutup aurat.

Islam bukan menyuruh manusia menutup aurat sahaja, tetapi menyuruh juga supaya pandangan itu dijaga. Maka, ia memerlukan 2 tindakbalas, dari sudut penutupan aurat, dan penjagaan pandangan.

Super Impose yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini, telah menyebabkan berlakunya beberapa kezaliman terhadap wajah wanita yang bertudung. Kesal juga, sejak kebelakangan ini, ternampak beberapa bentuk serangan media dengan menggunakan istilah-istilah lucah yang agak meluat untuk menyebutkannya di sini.

Antara cara-cara mengembangkan otak kotor terhadap wanita muslimah, ialah dengan menggunakan super impose.Iaitu, mengambil beberapa keping gambar perempuan bertudung yang dirasakan secocok dengan gambar bogel, kemudian gambar perempuan tersebut dipotong dibahagian yang sesuai. Biasanya garisan tudung tersebut. Kemudian, di”tampal” pada tubuh mana-mana yang tidak berpakaian.Maka, akan terhasil seorang wanita yang bertudung, tetapi tidak berpakaian.

Kerja-kerja ini tidak lain adalah untuk menghina Islam, bahkan menghina wanita muslimah yang sentiasa menjaga aurat mereka. Persoalan di sini, dimanakah saluran mudah untuk mendapatkan gambar-gambar muslimah kita?Oh ya, Facebook adalah jalan paling mudah dan berkesan. Sejak kebelakangan ini, nampak seperti wanita muslimah Indonesia dan Malaysia yang menjadi mangsa!

Adakah anda sedar, entah-entah gambar saudara mara kita pula yang kena.
Lebih teruk apabila gambar tersebut dibuat animasi dengan format GIF. Animasi yang boleh ditampal dengan mudah di web-web lucah. Asalnya ia merupakan gambar kaku, tetapi apabila diubahsuai dan diset dalam format GIF, akan terhasil animasi bergerak. Antaranya aksi-aksi ranjang yang agak mengaibkan untuk disebut di sini.

Kenapa perempuan muslimah yang menjadi mangsa? Kerana mereka ingin burukkan pandangan umum terhadap muslimah kita. Walaupun semua orang tahu gambar tersebut menipu, tetapi mereka telah berjaya menghasilkan satu pandangan kotor di dalam otak manusia, untuk menelanjangkan pandangan mereka apabila melihat wanita bertudung.Atau dengan kata lain, apabila melihat orang yang bertudung, terbayanglah mereka ini seperti telanjang kerana melihat gambar yang telah disuperimposekan tadi.

Apa yang perlu buat sekarang? Admin rasa anda sendiri tahu jawapannya. Jangan biarkan gambar-gambar anda (wanita) tersebar dengan mudah di internet. Facebook yang di"lock" pun, begitu mudah untuk dicerobohi oleh sesiapa sahaja. Renung-renungkanlah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...